• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong,Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Majlis Pelancaran Buku Legasi Mufti-Mufti Negeri Johor

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Raja Permaisuri Agong,Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Majlis Pelancaran Buku Legasi Mufti-Mufti Negeri Johor
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Pengkisahan Sejarah Institusi Mufti Negeri Johor dan Pelancaran Buku Legasi Mufti-Mufti Negeri Johor, hari ini.

Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Utama Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Haji Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Haji Mohammed Ridha Abd Kadir.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Sementara itu, Arkib Negara Malaysia memaklumkan program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor dan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong.

Menurutnya, program itu merupakan usaha penting dalam mendokumentasikan sejarah, merakamkan pengalaman serta mengangkat sumbangan institusi dan tokoh-tokoh mufti dalam perkembangan sejarah serta institusi keagamaan di Johor.

Orang ramai turut berpeluang menghayati perkongsian ilmu dan sejarah kegemilangan institusi mufti Johor menerusi siaran langsung di Facebook rasmi Arkib Negara Malaysia.

Arkib Negara Malaysia berharap penganjuran program itu dapat memperkukuh usaha pemeliharaan khazanah sejarah dan warisan institusi negara agar terus menjadi rujukan serta tatapan generasi akan datang. – MYNEWSHUB

Tags: Che’ Puan Mahkota Khaleeda JohorLegasi Mufti-Mufti Negeri JohorPelancaran BukuRaja Permaisuri Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Johor Selepas COP31 Di Turkiye

Raja Permaisuri Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Johor Selepas COP31 Di Turkiye

20/11/2026
0

Oleh Arshad Khan  Pesawat khas Seri Paduka Baginda mendarat di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pagi tadi. SENAI, 20...

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

14/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.