• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden EC Gesa Siasatan Teliti, Telus Pesawat Ukraine Terhempas

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Presiden Majlis Eropah (EC), Charles Michel menggesa agar satu siasatan teliti dan telus dilakukan berhubung nahas pesawat penumpang milik Ukrainian International Airlines yang terhempas di Iran kelmarin, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Saya menyokong gesaan Presiden (Ukraine Volodymyr) Zelensky serta Perdana Menteri (Kanada dan Britain), Justin Trudeau dan Boris Johnson agar satu siasatan terbuka dan menyeluruh dilakukan berhubung nahas pesawat Ukraine yang terhempas,” menurut Michel di Twitter semalam.

“Apabila keluarga kehilangan orang yang disayangi, mereka berhak tahu apa yang telah berlaku. Ingatan dan doa kami bersama keluarga dan rakan mangsa,” katanya.

Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran melancarkan lebih sedozen peluru berpandu balistik yang menyasarkan tentera Amerika Syarikat di Iraq sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Iran minggu lepas di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Sejumlah 176 orang terkorban dalam nahas itu termasuk rakyat Iran, Kanada, Ukraine, Sweden, Afghanistan, Jerman dan Britain.

Tags: IranPesawat Terhempaspesawat ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd