• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Bertemu Mahathir Sekali Lagi

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya kira-kira sejam lalu berkongsi secara ringkas inti pati pertemuan mereka, namun dilihat langsung tidak menyentuh berkaitan soal peralihan kuasa perdana menteri.

Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau dan Dr. Mahathir membincangkan perkembangan isu-isu semasa mutakhir ini yang berlaku di dalam dan luar negara.

“Antara yang turut disentuh termasuk hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), selain turut berkesempatan membincangkan tentang penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang baharu berlangsung penghujung tahun lalu,” tulisnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memuat naik sekeping gambar memaparkan pertemuannya dengan Dr. Mahathir.

Hantaran itu mendapat 3,700 tanda suka selain mendapat 134 perkongsian.

Selain itu, sebanyak 727 komen berbaur sindiran serta tidak puas hati turut disuarakan netizen susulan perkongsian gambar serta status Anwar itu.

Pada 27 Mei 2019, Anwar mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk berbincang mengenai beberapa isu mendesak antaranya mengenai kebimbangan PKR dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) tke atas kepimpinan Iran.

Pertemuan seterusnya berlangsung selama setengah jam pada 21 November 2019 di antara kedua-dua pemimpin itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Susulan pertemuan itu, Anwar turut mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu yang dibincangkan dan mendapat persetujuan Dr. Mahathir.

Antaranya berkaitan dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek, Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) termasuk berkaitan peralihan kuasa antara mereka berdua perlu dijalankan secara aman dan teratur.

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpedana menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd