• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Baru Sekarang Saya Faham Perasaan Hang Tuah” – Maszlee

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Maszlee Malik berkata, beliau hanya memahami perasaan Hang Tuah selepas dinasihatkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan menteri pendidikan.

“Saya waktu terima surat Tun minta saya letak jawatan, waktu itu saya kata eh, baru aku faham perasaan Hang Tuah sekarang.

“Maksud Hang Tuah ini, dia tidak lihat apa yang berlaku itu, dia lihat selama ini raja bagi dia peluang banyak.

“Kalau raja tak bagi peluang, tak ada peluang perintah Melaka, lawan lanun dan nak berjasa,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai azmyklanajaya.

Video selama 57 saat itu menunjukkan Maszlee sedang bercakap dengan beberapa individu selepas melepaskan jawatannya.

Maszlee ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada 2 Januari lalu berkata, beliau berbuat demikian atas nasihat Mahathir.

Pada 4 Januari lalu, Maszlee menyifatkan keputusan “memulangkan” jawatan menteri pendidikan itu mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk di Simpang Renggam.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau tidak sedih atau marah dengan tindakan Mahathir menasihatkannya “memulangkan” jawatan itu.

Hang Tuah ialah pahlawan zaman pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Laksamana kerajaan Melayu Melaka itu taat kepada rajanya, khasnya ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah pada abad ke-15. – FMT

Tags: Hang TuahMahathir MohamadMaszlee MalikMenteri Pendidikan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim membidas pandangan pakar pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd