• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mappim Gesa Polis Siasat Dong Zong Bawah Akta Hasutan

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) menyokong penuh pendirian Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria yang menuntut penentang tulisan jawi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua Eksekutif Mappim, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya menuntut polis segera membuka kertas siasatan dan memanggil Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang jelas membantah perlaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.

“Tindakan Dong Zong telah menggugat perpaduan kaum serta menimbulkan suasana anti nasional di negara ini.

“Mappim juga mahu Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) memanggil pemimpin Dong Zong untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Moh Zai berkata, tindakan mengharamkan Dong Zong perlu dilakukan segera kerana mereka membawa agenda rasisme, cauvinis dan komunis.

Harussani dalam satu kenyataannya sebelum ini menegaskan pihak yang menentang tulisan jawi tidak mempersoalkan hak-hak tulisan berkenaan kerana termasuk dalam definisi kecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 iaitu bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Dong Zong yang berterusan membantah perlaksanaan pembelajaran tulisan itu di sekolah vernakular menyebabkan ramai pertubuhan tampil termasuklah mengadakan himpunan mendesak persatuan itu diharamkan. – Sinar Harian

Tags: Akta HasutanDong ZongMappimtulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd