• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Nafi KSCIP Punca Disuruh Letak Jawatan

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dr. Maszlee Malik hari ini menafikan laporan yang menyebut rancangan untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya sebagai punca beliau dinasihatkan meletak jawatan Menteri Pendidikan.

Menyifatkan laporan sebuah portal berita itu sebagai fitnah, beliau menegaskan tidak pernah ada perbincangan mengenai KSCIP ketika menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) selama 20 bulan.

“Malah apa kaitannya dengan KPM?” soal beliau di Twitter.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga meminta masyarakat menyemak kesahihan dakwaan itu dengan warga KPM.

“Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan. Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini.

“Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa,” katanya.

Sehubungan itu, Maszlee memohon supaya fitnah sebegitu dihentikan segera oleh mana-mana pihak yang menjadi dalang.

“Saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan,” katanya.

Maszlee mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa cubaannya membuka semula KSCIP menjadi antara penyebab beliau dinasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan.

Portal berita itu melaporkan sumber berkata cubaan membuka semula pusat ‘anti-terorisme’ yang disokong Arab Saudi dan ditutup kerajaan Pakatan Harapan itu punca kata dua Dr Mahathir kepada Maszlee.

Memetik sumber yang enggan dinamakan itu, Perdana Menteri dilaporkan marah apabila mendengar Maszlee di belakang rancangan membuka semula KSCIP, di samping aduan demi aduan terhadap bekas Menteri Pendidikan itu dalam mengendalikan portfolionya.

Pembukaan pusat itu dicadangkan susulan lawatan Raja Saudi, Salman Abdul Aziz ke Malaysia pada 2017, dibatalkan pada Ogos 2018, tiga bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran.

Pengkritik mempersoalkan langkah Putrajaya untuk bersama Riyadh dalam usaha memerangi keganasan sedangkan Saudi dikatakan tidak layak memainkan peranan itu susulan peranannya dalam serangan di Yaman. – BH Online

Tags: KSCIPMahathir MohamadMaszlee MalikMenteri Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

Pelajar Boleh Pakai Baju-T Ikuti Aktiviti Kokurikulum

Pelajar Boleh Pakai Baju-T Ikuti Aktiviti Kokurikulum

15/03/2023
0

PETALING JAYA: Semua murid dan pelajar kurang kemampuan diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd