• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Desakan Halang Jawi Langgar Akta Hasutan – Mufti Perak

oleh
05/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan desakan menghalang pelaksanaan tulisan jawi di sekolah yang dilakukan pihak tertentu adalah cubaan menggangu-gugat keamanan nasional dan perpaduan kaum.

Beliau berkata, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 dan 10 Akta 32 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 secara jelas menjamin survival tulisan jawi dan angka Arab melalui pengajaran bahasa Melayu kepada setiap warganegara Malaysia.

“Saya ingin mengingatkan kepada pihak-pihak yang terlibat ini untuk menelaah perlembagaan ini.

“Sesiapa yang mempersoalkan hak-hak tulisan jawi adalah termasuk dalam definisi kecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 iaitu bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Harussani berkata, Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen’.

Menurutnya, jawi juga disebut dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan seperti berikut: ‘Tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan’.

“Adalah sangat mendukacitakan masih lagi kedengaran suara yang menghalang perpaduan antara kaum di Malaysia dengan mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan dialog terhadap pelaksanaan tulisan jawi di sekolah.

“Maka dengan ini saya menggesa dan menyeru seluruh warganegara supaya tidak terpengaruh dengan desakan gerakan tersebut yang dilihat cuba mengganggu-gugat keamanan nasional dan perpaduan kaum,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Akta HasutanHarussani ZakariaSekolah Vernakulartulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd