• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Diarah Letak Jawatan, Sering Ingkar Arahan Kabinet?

oleh
05/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa dihantar ke pejabat Maszlee pada 27 Disember lalu.

Laporan portal berita tempatan itu turut mendedahkan kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Dr. Maszlee gagal mengikut nasihat dan beberapa kali melanggar keputusan Kabinet.

“Berdasarkan laporan TMI, surat itu turut menyatakan antara kegagalan Dr. Maszlee menuruti nasihat Kabinet adalah berkaitan isu pengenalan tulisan jawi, internet percuma kepada sekolah dan program sarapan percuma.

“Selain itu, Maszlee juga turut menentang cadangan memisahkan portfolio Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata TMI dalam satu laporan hari ini.

TMI turut mendakwa kandungan surat itu diakhiri dengan arahan Dr. Mahathir meminta Dr. Maszlee ‘menarik diri daripada jawatankuasa Kabinet’.

Terdahulu, Maszlee mengundang kontroversi susulan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di semua sekolah rendah termasuk sekolah vernakular yang dibantah keras pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina.

Kontroversi tulisan jawi turut membawa kemarahan dalam kalangan kumpulan pejuang bahasa Melayu yang kemudiannya menuntut sekolah vernakular ditutup serta-merta.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dilantik sebagai menteri pada Mei 2018. – Sinar Harian

Tags: Maszlee MalikMenteri PendidikanRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd