• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Sebahagian Dari Pakatan Harapan

oleh
05/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mendakwa Warisan adalah parti Pakatan Harapan yang “berpura-pura” selepas parti yang berpangkalan di Sabah itu menyeru pengundi di negeri itu menolak Barisan Nasional.

Beliau berkata parti yang dipimpin bekas naib presiden UMNO, Shafie Apdal, sebenarnya, “parti pro-persekutuan yang berpura-pura menjadi pro-Sabahan” yang tahu ramai rakyat Sabah tidak menyukai Putrajaya.

Mohamad berkata rakyat Sabah tidak sukakan kerajaan persekutuan berpunca dari kawalannya terhadap cukai, sumber minyak dan gas serta komoditi, di mana ahli politik menyalahkan kekurangan pembangunan di negeri itu.

“Hakikatnya, Warisan adalah sama dengan PH. Tetapi mereka tahu sentimen di sini. Orang di sini tidak suka parti yang mempunyai kaitan dengan kerajaan persekutuan.

“Jika Warisan mendakwa mereka bukan sebahagian daripada PH, maka mengapa mereka mempunyai 3 menteri persekutuan dan 3 timbalan menteri persekutuan? Begitu juga dengan Kabinet Sabah, di mana Shafie memasukkan pemimpin PKR dan DAP sebagai menteri,” katanya kepada pemberita selepas ceramah Barisan Nasional di Kampung Brunei berhampiran Bongawan, malam tadi.

Semalam, pemimpin Warisan dan UPKO menggesa rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan parti yang berpangkalan di semenanjung seperti UMNO dan PAS di negeri itu.

Sementara itu, bekas menteri BN, Abdul Rahman Dahlan berkata Warisan tidak sepatutnya memisahkan dirinya daripada kegagalan dasar Putrajaya.

Beliau berkata pemimpin Warisan harus dipersalahkan sama seperti pemimpin PH kerana kegagalan dasar ini.

Rahman juga berkata, bekas menteri luar Anifah Aman, yang kemenangannya di Kimanis pada pilihan raya umum lalu diisytiharkan batal dan tidak sah oleh mahkamah, akan membantu kempen calon Umno, Mohamad Alamin dalam pilihan raya kecil itu.

Mohamad Alamin akan berdepan 1 lawan 1 dengan Karim Bujang dari Warisan untuk merebut kerusi Parlimen itu pada 18 Januari ini. – FMT

Tags: Barisan Nasionalpakatan harapanPRK KimanisUMNOwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd