• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Sedih, Marah” – Maszlee

oleh
05/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMPANG RENGGAM – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tidak berasa sedih atau marah dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memintanya ‘memulangkan’ jawatan Menteri Pendidikan.

Menurutnya, beliau yakin keputusan itu ada hikmah tersendiri buat beliau dan penduduk Parlimen Simpang Renggam khususnya.

“Saya tidak sedih, tidak marah. Yakin ada hikmah di sebalik perkara ini, paling besar saya dapat kembali berkhidmat buat rakyat Simpang Renggam.

“Saya yakin Tun (Dr. Mahathir) lebih nampak apa yang kami tidak memahaminya,” katanya pada Majlis Bersama Penduduk di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat Simpang Renggam di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Maszlee berkata, beliau yakin dasar yang disediakan beliau dalam tempoh 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) mencukupi dalam membangunkan agenda transformasi pendidikan negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memberi sokongan terhadap beliau menerusi petisyen dalam talian yang diwujudkan berhubung peletakan jawatannya.

“Saya difahamkan petisyen itu sudah hampir setengah juta tandatangan. Terima kasih, saya faham dan berkongsi simpati. Saya yakin tapak yang saya sediakan mencukupi dan pengganti saya akan dapat meneruskan agenda pendidikan negara.

“Banyak warga pendidik yang tumpah air mata selepas pengumuman itu. Saya berkongsi simpati atas perjuangan pendidikan yang dilakukan semua.

“Saya ada atau tidak, saya yakin dasar yang dilakukan saya sebelum ini cukup untuk diteruskan bakal Menteri Pendidikan kelak,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadMaszlee MalikMenteri Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd