• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejatuhan Eksport Negara Bukan Petanda Baik

oleh
04/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejatuhan eksport negara sebanyak 5.5% bagi bulan November 2019 bukan satu petanda baik untuk prestasi suku terakhir ekonomi negara.

Sebagai perbandingan, eksport naik 18.9% dan import naik 19.9% pada keseluruhan tahun 2017 semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak.

Jabatan Perangkaan memaklumkan bagi bulan November 2019, minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7% daripada jumlah eksport), merosot RM144.2 juta (-2.6%) berbanding November 2018.

Jumlah eksport sawit telah merosot 5 bulan berturut-turut berbanding bulan yang sama tahun lepas walaupun harga sawit pulih.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, walaupun Pakatan Harapan (PH) sering tuduh kerajaan BN sebagai satu kerajaan yang gagal, yang mana Malaysia semakin muflis, realitinya ialah eksport negara menunjukkan trend menaik yang ketara sepanjang tempoh itu.

“Fakta ini tidak dapat disembunyikan atau dinafikan oleh sesiapa,” katanya.

Tambah Najib, PH boleh bagi alasan prestasi ini disebabkan perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

“Tapi perlu ingat bahawa masa saya PM (Perdana Menteri), cabaran kita pada tempoh itu lagi mengancam. Seperti the Great Global Recession (iaitu kemelesetan ekonomi dunia paling teruk sejak 70 tahun dahulu) dan kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% secara tiba-tiba yang memberi impak negatif paling besar kepada eksport dan pengeluaran negara kita,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan NasionalEkonomi MalaysiaEksport MalaysiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd