• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Persoal Pelantikan Pengerusi Unimas

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak meminta penjelasan kerajaan persekutuan berhubung pelantikan Kamal Mat Salih sebagai pengerusi keempat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Pejabat Ketua Menteri hari ini menyuarakan kekecewaan atas kegagalan kerajaan persekutuan merujukkan perkara itu kepada kerajaan negeri.

“Telah dijelaskan bahawa pengerusi lembaga Unimas selama ini dilantik selepas berunding dengan kerajaan negeri dan kerajaan negeri juga tidak dimaklumkan mengenai pelantikan beliau secara rasmi sebelum pengumuman dibuat.

“(Rundingan) ini merupakan proses yang digunakan sejak pelantikan pengerusi pertama, Bujang Mohd Nor; pengerusi kedua, Hatta Solhi dan pengerusi ketiga Sulong Matjeraie, yang tempoh lantikannya sepatutnya tamat pada 30 Apr 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, dilaporkan bahawa Kamal, yang merupakan pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) akan menggantikan Sulong sebagai pengerusi lembaga pengarah Unimas.

Tempoh lantikan 3 tahun Sulong, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan, ditamatkan pada 20 Disember tahun lepas, hanya 19 bulan selepas dilantik pada 1 Mei 2018.

Kamal akan menjadi rakyat bukan Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu kerana semua pengerusi sebelumnya merupakan rakyat negeri tersebut.

Beliau pernah berkhidmat sebagai profesor, dekan dan naib canselor di Universiti Sains Malaysia dari 1973 ke 1985, dan memimpin beberapa agensi kerajaan.

Bekas ahli Parlimen Wangsa Maju (dari 1996 ke 1999) itu dijangka memimpin lembaga Unimas untuk tempoh 3 tahun bermula 1 Januari tahun ini hingga 31 Disember 2022. – FMT

Tags: kamal mat salihpakatan harapansarawakUNIMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd