• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bolehkah Koperasi Kampung Jepun Dilaksana Di Malaysia?

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad melontarkan idea mengenai kedai koperasi kampung di Jepun dan tertanya-tanya sama ada idea sedemikian boleh dilaksanakan di Malaysia.

Memuat naik kisah itu dalam blog beliau, chedet.cc, semalam dan dikongsikan dalam Facebook dan Twitter hari ini, Perdana Menteri berkata, kedai itu beroperasi dengan jayanya di pulau Okinawa.

Beliau menceritakan perkara itu seperti berikut:

“Okinawa ialah sebuah pulau yang panjang dan sempit yang jaraknya 100 km (kilometer) dari utara ke selatan. Di zaman dahulu penduduk di selatan sukar untuk mendapatkan bekalan daripada utara.

“Penduduk di kampung itu memutuskan untuk mewujudkan sebuah kedai bagi memenuhi keperluan mereka. Mereka mengumpulkan wang daripada penduduk kampung dan membina sebuah kedai.

“Mereka mengupah seorang lelaki di kampung itu untuk menguruskan kedai itu. Wang diberikan oleh penduduk kampung bagi membeli barangan dari utara untuk diisi di kedai bagi keperluan mereka.

“Penduduk kampung membeli barang keperluan mereka tetapi tidak membayarnya serta-merta, sebaliknya mereka tulis nama dan barang yang diambil pada sekeping kertas.

“Setiap kali mereka perlukan barangan atau makanan, mereka tulis nama pada sekeping kertas dan dilekatkan di papan kenyataan dalam kedai itu.

“Pada akhir bulan, mereka akan jumlahkan belian yang tersenarai pada kertas itu dan membayar amaun yang perlu dijelaskan, wang disimpan dalam peti simpanan.

“Apabila perniagaan kurang memberangsangkan, mereka meletakkan sebuah meja dan beberapa kerusi dan mula menjual minuman dan kopi.

“Setiap kampung akan mempunyai kedai kampung milik bersama ini. Ia seperti koperasi, dimiliki dan dikendalikan oleh penduduk kampung.

“Hari ini kebanyakannya sudah tiada berikutan akses kepada keperluan menjadi semakin mudah disebabkan adanya jalan raya lebih baik, motosikal dan kereta. Sebuah kedai yang saya kunjungi adalah antara beberapa yang masih tinggal.

“Ia amat berjaya di Okinawa. Saya tertanya-tanya jika ia boleh dilaksanakan di Malaysia.”

Perkara itu adalah antara perkara yang kerap kali diperkatakan oleh Dr. Mahathir mengenai bagaimana rakyat boleh memanfaatkan koperasi.

Pada 21 September tahun lalu ketika berucap kepada 20,000 ahli persatuan koperasi di Cyberjaya, beliau berkata, pergerakan koperasi boleh berperanan penting dalam membantu isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar untuk berdepan dengan kenaikan kos hidup.

Beliau berkata, sumbangan koperasi tidak harus hanya dilihat dari segi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja tetapi juga meningkatkan kuasa beli rakyat ke arah mencapai wawasan kemakmuran bersama.

Tags: jepunkedai koperasi kampungMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd