• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Persetujuan 51% Ibu Bapa, PIBG Laksana Tulisan Jawi

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pelaksanaan tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51% ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau dipetik Sin Chew Daily ketika menghadiri satu dialog Belanjawan 2020 di Kuala Lumpur semalam, berkata tanpa persetujuan salah satu pihak terbabit, iaitu ibu bapa atau PIBG, maka tulisan Jawi tidak boleh dilaksanakan di sesebuah sekolah jenis kebangsaan.

Katanya, pihak sekolah akan mengedarkan borang pilihan persetujuan kepada ibu bapa seperti yang dinyatakan dalam “Garis panduan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi kepada murid tahun 4 sekolah jenis kebangsaan mulai 2020”.

“Jika anda lihat dengan teliti, dokumen berkenaan dengan jelas menyatakan PIBG perlu mengedarkan borang pilihan persetujuan kepada semua ibu bapa murid tahun 4 dan membuat analisis berdasarkan jumlah borang yang dikembalikan, tetapi PIBG masih mempunyai kuasa membuat keputusan.”

Teo berkata, bagi sekolah yang tidak mempunyai PIBG, garis panduan bertarikh 20 Disember lalu itu jelas menyatakan Lembaga Pengelola Sekolah akan mengambil alih peranan PIBG.

Akhbar berbahasa Cina itu difahamkan pengetua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) pada mulanya hendak mengedarkan borang pilihan persetujuan kepada ibu bapa pada hari pertama persekolahan, tetapi atas sebab tertentu, ia ditangguhkan ke 5 dan 6 Jan ini.

Sementara itu, Teo meminta rakyat mengetepikan prejudis dan ketakutan yang tidak perlu kerana pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular tiada agenda tersembunyi.

Beliau turut mempersoalkan apakah ciri SJKC yang akan hilang susulan pelaksanaan tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu.

Katanya, 3 muka surat tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu tahun 4 memperkenalkan tulisan Jawi dalam jata negara, mata wang ringgit dan setem, manakala kandungan tulisan Jawi dalam tahun 5 dan 6 pula berkaitan makna tulisan itu dalam pelbagai barangan kehidupan harian.

Teo berkata, beliau tidak membantah pengenalan tulisan Jawi kerana silibus tulisan itu dalam subjek bahasa Melayu sama dengan sukatan pelajaran bahasa lain.

“Jadi, kami berpendapat dalam pembelajaran bahasa Melayu, kami turut memperkenalkan sedikit pengetahuan mengenai sejarah bahasa Melayu.

“Kami berharap rakyat boleh melihat isu pendidikan dari sudut pendidikan.” – FMT

Tags: PIBGSekolah VernakularTeo Nie Chingtulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd