• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Terima RM400 Juta Daripada Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menerima wang ‘one-off’ daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebanyak RM400 juta pada bulan lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, wang ‘one-off’ berkenaan adalah pertama kali diterima Kelantan daripada Perdana Menteri.

Menurutnya, pihaknya menerima surat rasmi daripada Tun Dr. Mahathir sendiri pada 17 Disember lalu berhubung pemberian terbabit untuk kesejahteraan rakyat Kelantan dan peningkatan ekonomi negeri.

“Kerajaan terima surat khas pada 17 Disember dengan nama one-off kepada Kelantan untuk tahun 2019 sebanyak RM400 juta daripada Tun sendiri.

“Wang berkenaan sudah diterima selepas 25 Disember lalu. Jadi kita mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tun,” katanya kepada media hari ini.

Ahmad berkata, dalam surat berkenaan tidak menyatakan sama ada wang itu berkaitan royalti dituntut daripada kerajaan Pusat ataupun tidak.

“Setakat ini dinamakan sebagai ‘one-off’ daripada YB Tun Mahathir sendiri dan saya tidak boleh kata wang royalti. Pertama kali dari Tun sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan Amanat Tahun Baru 2020 kepada kakitangan awam di Kompleks Kota Darul Naim.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad. – Sinar Harian

Tags: KelantanMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd