• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampas Dadah RM2.4 Bilion Di P.Pinang Kejayaan Besar PDRM

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kejayaan besar polis dalam mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang baru-baru ini dengan nilai rampasan terbesar RM2.4 bilion, jelas membuktikan keseriusan kerajaan membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata kegiatan pengedaran dadah kerap berlaku di utara Malaysia yang dikenali sebagai kawasan Segi Tiga Emas.

“Penguat kuasa kita berjaya menemukan penyeludupan dadah terbesar di Pulau Pinang dengan jumlah rampasan lebih 10 tan, ia suatu kejayaan yang besar,” katanya.

Pada 10 September lalu, polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 12 tan kokain dicampur dengan arang batu bernilai RM2.4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth.

Sindiket membawa dadah dalam 60 guni arang batu daripada Amerika Selatan itu berjaya ditumpaskan menerusi Op Eagle yang dijalankan di sekitar Butterworth dan Bayan Baru di Pulau Pinang serta Padang Serai, Kedah.

Menurut Muhyiddin, menjadi suatu kejayaan membanggakan apabila dapat mengheret mereka yang terlibat dengan najis dadah ke muka pengadilan.

“Apa yang membimbangkan adalah trend dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 13 tahun terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kalau setakat ambil dadah itu satu hal tetapi kadang-kadang pengedaran dadah dan sebagainya.

“Malaysia ini macam tempat transit pengedaran dadah, ini tidak baik bagi kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap penagih dadah sebaliknya mereka terus dihantar ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Muhyiddin berkata cadangan itu merupakan satu perkara yang baru yang akan dikemukakan.

Pada 24 Jun lalu, Bernama melaporkan penagih dadah di negara ini kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Takrifan itu dicapai susulan perbincangan antara KDN dan Kementerian Kesihatan yang bersetuju untuk melaksanakan “decriminalization” atau bukan pesalah jenayah terhadap penagih dadah.

“Untuk perkara itu, kita perlu membantu banyak pusat-pusat pemulihan yang ditaja oleh swasta dan kemukakan kepada kerajaan supaya peranan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu lebih ditekankan supaya ia dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Selain itu, KDN memandang berat mengenai isu dadah dan AADK mengambil tindakan agak berkesan, tetapi masih belum dapat mengatasi keadaan perlakuan salah guna dadah yang sangat membimbangkan,” katanya.

Tags: AADKdadahKDNPDRMPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd