• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahu Tak Bayaran ‘Scaling’ Di Klinik Kerajaan RM2?

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Tahukah anda scaling (buang karang gigi) di klinik kerajaan RM2 sahaja?” demikian kata-kata seorang pelayar @ian_salleh bagi menjawab persoalan netizen berhubung harga ‘scaling’ bagi klinik kerajaan.

Sebelum ini, seorang pelayar dikenali @phoenixterbang menyatakan harga ‘scaling’ di klinik swasta berharga RM100 dan tidak pasti harga ‘scaling’ dikenakan bagi klinik kerajaan.

Perkongsian berinformasi itu membuatkan netizen berkongsi penjagaan kesihatan gigi mereka malah ada juga memberitahu perkhidmatan seperti ‘scaling’ yang disediakan oleh klinik kerajaan cukup memuaskan dan sebaliknya.

@abiqjazimins berkata, dia pernah pergi ke klinik kesihatan dua minggu lalu dan hanya membayar RM3 sahaja.

“Baru je pergi ‘scaling’ kat klinik kerajaan 2 minggu lepas. Jumlah habis RM3 dan klinik yang saya pergi masa tu seorang je ada, jadi tunggu dalam setengah jam je dah siap. Perkhidmatan terbaik,” ciapnya.

Kata @ayukhaliddd, “Pernah pergi swasta, pernah pergi kerajaan. Dengan RM2 pun boleh dapat keputusan setanding swasta ye dik. Pernah dapat, kerajaan punya lagi elok. Kadang beratur panjang, kekadang pendek tapi tak lah teruk mana. Nak selamat, datanglah pagi. Sekian,” ujarnya.

“Kalau buat kat klinik kesihatan kawasan kampung, daftar terus masuk bilik rawatan,” tulis @Shevanilla yang turut berkongsi pengalamannya.

Tambah @syeriena pula, “RM2 tak apa, cuma kena tunggu lama sikit, berbanding klinik swasta.”

“Betul dan tak faham kenapa orang masih nak pergi swasta. Bagus kot termasuk kerajaan pun. Lain la nak buat ‘whitening’, saya rasa baru berbaloi pergi swasta. Sistem pun sekarang terurus pantas dan efisyen!” kata @asmahusseimiii.

Lain pula ceritanya dari @rentak, katanya, “Tengok klinik juga, ada tempat buat ala kadar, ada yang tempat tu ok. Tengok pada individu yang buatkan.”

Sementara itu, perkongsian @ian_salleh yang tular di laman sosial mendapat 9,300 ciapan dan 8,500 tanda suka dari netizen. – Sinar Harian

Tags: buang karang gigiklinik kerajaanscaling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Caj RM1 Di Klinik Kerajaan Antara Perkara Pembentangan Kertas Putih Kesihatan

Caj RM1 Di Klinik Kerajaan Antara Perkara Pembentangan Kertas Putih Kesihatan

11/06/2023
0

PORT DICKSON: Caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan antara perkara yang bakal dibentangkan dalam Kertas Putih Kesihatan di...

Masih Boleh Temu Janji Di Klinik Terpilih

11/10/2021
0

PUTRAJAYA - Penduduk di Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi Covid-19 atau melengkapkan dos kedua boleh mendapatkan imunisasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd