• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj RM1 Di Klinik Kerajaan Antara Perkara Pembentangan Kertas Putih Kesihatan

oleh Mohd Arshad
11/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Caj RM1 Di Klinik Kerajaan Antara Perkara Pembentangan Kertas Putih Kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON: Caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan antara perkara yang bakal dibentangkan dalam Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada 13 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat ini caj tersebut masih dikekalkan, namun, pihaknya akan mengetengahkan semua strategi kementerian termasuk mengenai perkara itu dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan berkenaan.

“Kami akan bentangkan nanti dalam Kertas Putih Kesihatan. (Semua) skim pembayaran kesihatan akan dilihat satu persatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan caj RM1 yang dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana bayaran sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

Sementara itu, Zaliha berkata GATS 2023 merupakan suatu tinjauan isi rumah berkaitan penggunaan tembakau yang dijalankan di seluruh negara.

Katanya tinjauan tersebut dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

“Institut Kesihatan Umum (IKU) akan menjalankan GATS buat kali kedua di mana GATS pertama telah dijalankan pada 2011. Pengumpulan data akan dijalankan dari 12 Jun hingga 22 Julai ini,” katanya.

Katanya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan 4.8 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok aktif.

Tambahnya, GATS bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penggunaan tembakau dan memantau keberkesanan intervensi kawalan tembakau.

Tinjauan itu juga untuk mendapatkan data berkenaan peratus penggunaan tembakau, rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan, dan indikator-indikator utama kawalan tembakau lain.

“Data terkini dan tren penggunaan tembakau daripada GATS 2023 akan membantu pihak Kementerian Kesihatan untuk memperkukuhkan strategi kawalan tembakau di negara ini.

“Tinjauan ini akan melibatkan kira-kira 5,000 isi rumah yang dipilih secara rawak di seluruh negara dan menyasarkan individu berumur 15 tahun dan ke atas,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Dr Zaliha MustafaKertas Putih Kesihatanklinik kerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Calon PM Thailand Disiasat Langgar Peraturan PRU

Next Post

Operasi SAR Terakhir Cari Muhammad Hawari Esok

Related Posts

RUU Kawalan Produk Merokok Diluluskan

RUU Kawalan Produk Merokok Diluluskan

30/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan dengan undian suara selepas dua hari dibahaskan...

KKM Sasar Pendigitalan Penuh Menjelang 2030

KKM Sasar Pendigitalan Penuh Menjelang 2030

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk pendigitalan penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan menjelang 2030 dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik...

Next Post
Operasi SAR Terakhir Cari Muhammad Hawari Esok

Operasi SAR Terakhir Cari Muhammad Hawari Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd