• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis Di Pahang Gagal Pamer Tulisan Jawi Dikenakan Tindakan

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemilik premis di Pahang yang engkar dengan arahan kerajaan negeri supaya memasang papan tanda dalam tulisan jawi akan dikenakan tindakan tegas mulai esok kerana tiada lagi tempoh lanjutan diberikan untuk mereka berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda berkata ini kerana tempoh setahun yang telah diberikan adalah mencukupi untuk semua pihak terlibat mengambil langkah sewajarnya memasang papan tanda dalam tulisan jawi.

“Malah tempoh pemasangan papan tanda itu juga sudah dipanjangkan kerana mengikut arahan awal, ia sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 sebelum kita lanjutkan kepada 30 Jun lalu.

“Tempoh itu sekali lagi dipanjangkan kepada hari ini (31 Disember) menyebabkan kita berpandangan tiada alasan untuk mana-mana pihak tidak mematuhinya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abd Rahim memaklumkan penggunaan tulisan jawi itu juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang supaya tulisan tersebut diperkasakan di negeri ini.

Mereka yang engkar dengan arahan tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum RM250 dan jika masih berdegil selepas itu, boleh berhadapan dengan tindakan lesen perniagaan mereka dibatalkan, katanya.

Berhubung sambutan pemilik premis terhadap arahan itu setakat ini, Abd Rahim berkata pemerhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati sekitar 70 peratus premis perniagaan telah memasang papan tanda tulisan jawi.

“Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan seperti saiznya kecil dan dipasang pada bahagian bawah, sedangkan ia sepatutnya berada di atas.

“Kita harap mereka dapat memperbetulkan perkara ini mengikut spesifikasi yang tepat supaya tulisan jawi itu mudah dilihat jika menggunakan saiz dan berada di kedudukan yang betul,” katanya.

Pahang sebelum ini, membuat ketetapan supaya semua premis perniagaan dan papan jalan di negeri ini menggunakan tulisan jawi dengan syarat tulisan itu bersaiz sama dengan tulisan rumi.

Abd Rahim juga memberitahu pemasangan tulisan jawi tidak bermaksud pemilik premis perlu memasang papan perniagaan baharu, sebaliknya tulisan tersebut hanya perlu ditampal pada papan sedia ada.

Tags: Pahangtulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd