• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPT Tidak Campur Tangan Soalan Kontroversi UniMAP

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan urusan pelaksanaan program akademik susulan kontroversi soalan peperiksaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) termasuk soalan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), jawi dan pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik sebagai ikon dunia Islam.

JPT menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu tersebut namun menegaskan setiap universiti mempunyai sistem kawalan kualiti dalaman dan luaran.

Menurutnya, berdasarkan konsep autonomi universiti, pihak JPT tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik.

“JPT ingin menekankan bahawa setiap universiti mempunyai sistem kawalan kualiti dalaman dan luaran (Internal and External Quality Assurance System).

“Jawatankuasa Akademik setiap universiti (termasuk Senat universiti) bertanggungjawab ke atas semua standard akademik masing-masing. Berdasarkan konsep autonomi universiti, pihak JPT tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik.

“Pihak JPT memegang kepada konsep autonomi dan kebertanggungjawaban (autonomy with accountability),” katanya.

Katanya, melalui konsep itu, pihak universiti adalah bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan termasuk pelajar dan orang awam.

“Begitupun, JPT sentiasa memantau kecemerlangan universiti melalui beberapa matriks seperti kemenjadian dan kebolehpasaran graduan, keunggulan institusi, impak universiti terhadap industri dan masyarakat,” katanya.

Kenyataan itu berkata, UniMAP dijangka akan memberi penerangan lanjut berkenaan kontroversi soalan peperiksaannya yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak itu.

Semalam, Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh memuat naik satu tangkap layar soalan peperiksaan berkenaan yang menyatakan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ikon Islam dalam laman Facebook beliau.

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands itu membidas penerbitan soalan tersebut malah mendakwa Zakir Naik bukanlah ikon untuk umat Islam. – Sinar Harian

Tags: JPTLGBTtulisan JawiUniMAPZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd