• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Potong Gaji, Elaun Menteri – Khalid Samad

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menyifatkan tiada keperluan untuk memotong gaji dan elaun yang dinikmati menteri.

Menurutnya, gaji yang diperoleh menteri pada masa ini adalah jauh lebih rendah berbanding menteri pada pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Sejak hari pertama dilantik menteri, elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya.

“Kalau dulu, elaun dan gaji ahli Parlimen turut dinikmati oleh menteri,” katanya.

Beliau berkata, kesemua kemudahan yang disediakan untuk ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri telah dinafikan.

“Elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400 sehari.

“Saya juga sudah tidak boleh lagi buat tuntutan bagi cukai jalan kenderaan,” katanya.

Di samping itu, Khalid berkata, gaji beliau turut dipotong sehingga 30 peratus untuk dimasukkan ke dalam akaun Parti Amanah Negara (Amanah).

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Amanah akan menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk parti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar setiap Kertas Kabinet yang diedarkan dan dikemukakan pada hari berkenaan tidak boleh diluluskan segera.

“Kita tidak sempat pun untuk teliti. Sebagai contoh penyelarasan ini, ia dijelaskan hanya pada muka surat akhir walaupun ada nota rujukan,” katanya pada sidang akhbar kejayaan utama kementerian dan agensinya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam reaksinya bersetuju sekiranya elaun menteri Kabinet dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan kewangan negara.

Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar turut menyatakan komitmen sama.

Ia susulan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan lebih baik elaun ahli politik dipotong berbanding elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Terdahulu Khalid menyenaraikan beberapa kejayaan dicapai kementerian itu antaranya memaksimumkan penglibatan ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan dan dasar menerusi pembentukan Majlis Menteri.

Ahli Parlimen turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai wakil suara rakyat.

Selain itu, kajian masalah kesesakan lalulintas dan kaedah penyelesaian sedang dilaksanakan serentak dengan Kajian Deraf Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2040.

Kementerian juga turut mengadakan transformasi Halal Hub Labuan dengan pelabur baharu iaitu Syarikat Nam Cheong Dockyard Sdn Bhd bagi industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal sebanyak RM60 juta selain menawarkan 1,500 peluang pekerjaan baharu pada tahun hadapan. – Sinar Harian

Tags: ElaunGajiKhalid SamadMenteripakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd