• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Takut Jawi? Ia Hanyalah Seni – Ellie Suriaty

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Mengapa perlu takut dengan tulisan Jawi? Ia hanya (salah satu cabang) seni,” soal pelakon Ellie Suriaty Omar.

Pelakon wanita yang juga terkenal sebagai pejuang tulisan Jawi itu juga menegaskan tiada paksaan kepada sesiapa untuk belajar tulisan tersebut.

Malah, tulisan yang akan diajar kepada murid-murid sekolah itu juga tidak dimasukkan dalam silibus peperiksaan.

Menyentuh mengenai kebimbangan orang bukan Islam mengenai peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dalam pelaksaan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, Ellie menjelaskan, ia bagi memastikan tiada kesalahan berlaku terhadap tulisan tersebut yang bentuknya diambil daripada Bahasa Arab.

“Ia (Jawi) hanyalah satu kaligrafi, ia adalah satu bentuk seni.

“Jawi memang ada dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah Bahasa Melayu dan sebelum (penggunaan) tulisan rumi, kita memang sudah menggunakan tulisan Jawi.

“Ia termaktub dalam Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Jawi Kebangsaan di sini hari ini.

Ellie bersama beberapa wakil Majlis Perundingan Melayu (MPM) hadir sebagai pemerhati di kongres berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa puas hati kerana cadangannya untuk mengadakan dialog dengan kumpulan pembantah tulisan Jawi diterima baik oleh Sekretariat Seni Khat Action Team (Sekat) yang juga pengajur Kongres Jawi Kebangsaan.

“Niat kami diterima baik oleh Tuan Arun. Dialog ini bagus untuk rakyat Malaysia kerana ia akan memberi penjelasan terhadap isu ini.

“Jika ada salah-silap (maklumat atau pemahaman) ianya boleh dijelaskan ketika dialog berkenaan,” katanya lagi.

Tarikh dialog masih belum ditetapkan tetapi menurut Ellie, pihaknya akan terus mengadakan berhubungan dengan Sekat selepas ini. – MalaysiaGazette

Tags: Ellie Suriatykaligrafisenitulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

Pembelajaran Tulisan Jawi Tetap Diteruskan

07/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd