• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Sokong BN Pada PRK Kimanis

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang memutuskan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis berkata beliau menyokong penuh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 18 Januari ini.

Bagaimanapun, bekas pemimpin UMNO itu yang keluar daripada parti tersebut pada tahun lalu untuk menjadi calon bebas berkata, BN tidak sepatutnya mengambil sikap mudah dengan sokongannya itu, lapor The Star.

Beliau berkata, ia perlu menyokong langkah mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 selain ikhlas menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.

“Sudah tentu, saya sokong Barisan sepenuhnya.

“Saya tidak mahu melihat anak saya dan cucu saya menjadi pendatang di negeri mereka sendiri,” katanya yang merujuk kepada bantahan terhadap cadangan untuk memberi Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing di negeri itu.

“Anda tahu bahawa ini adalah kebimbangan saya dan saya telah mengajukannya semasa kempen pilihan raya saya. KL tidak harus mengambil sikap mudah sokongan kami,” katanya di Kota Kinabalu apabila ditanya mengenai parti yang akan beliau sokong.

“Cukup dengan janji kosong. Mesej saya kepada Barisan ialah ambil isu pendatang haram ini secara serius. Jangan hanya bercakap, beri hak kami seperti dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau.

Sementara itu, Anifah mnegesahkan beliau telah berbincang dangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diberi jaminan bahawa terdapat penyelesaian isu ‘semua penduduk Sabah’. – Agensi

Tags: Anifah AmanBarisan NasionalPRK Kimanis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd