• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cahaya Di Langit Kuala Lumpur

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Langit ibu kota Kuala Lumpur bakal dihiasi dengan percikan bunga api berwarna-warni yang dijangka berlangsung selama 10 minit bersempena Program Ambang 2020@Kuala Lumpur di Dataran Merdeka esok.

Bertemakan Pertunjukan Cahaya di Langit, acara itu dijangka mengetengahkan keunikan dan keistimewaan Malaysia dengan 11 formasi istimewa selepas detik Tahun Baru 2020.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, selain program tersebut, terdapat tiga acara besar lain iaitu Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni serta persembahan ‘Extravaganza Malaysia Time Capsule’ oleh Istana Budaya pada hari sama.

“Program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, Program Ambang 2020@Kuala Lumpur juga akan dimeriahkan dengan persembahan daripada selebriti tempatan antaranya Datuk Jeffrydin, Elvira Mentor, Asmidar, Siti Nordiana dan penyanyi Korea Selatan, Han Byul.

Sementara itu, persembahan flashmob bakal diadakan di pusat membeli-belah Avenue K dan pekarangan Pavilion, Bukit Bintang, masing-masing pada 27 dan 28 Disember ini bertujuan mempromosikan Program Ambang 2020@Kuala Lumpur.

Program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum selain menggalakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.

Tags: ambang 2020Ambang Tahun Barubunga apiDataran Merdekakuala lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd