• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem Anwar, Mahathir Dalam UMNO Rosakkan Parti

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kewujudan kem Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir Mohamad dalam UMNO boleh menjejaskan keharmonian parti itu.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Syed Alsagoff berkata, meskipun kem 2 tokoh besar itu sudah menjadi budaya dalam landskap politik di negara ini sejak lama, namun ia bukanlah perkara yang positif.

“Kem Mahathir dan team Anwar (dalam UMNO) memang dah wujud. Lebih-lebih lagi apabila Anwar disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri.

“Ini bukan sahaja ada dalam UMNO, tetapi juga parti lain. Tidak dinafikan keadaan itu akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan ahli parti terbabit,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Menurutnya, budaya itu juga sudah lama wujud dalam UMNO, iaitu sejak zaman kepimpinan Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam sebelum ini lagi.

Katanya, walaupun ia bukanlah suatu perkara yang positif, lebih-lebih lagi kerana Anwar dan Mahathir berada di luar UMNO, namun mana-mana ahli berhak menyokong sesiapa sahaja, selagi perjuangan sebenar parti tidak diabaikan.

“Pada saya kita kena sokong pemimpin di tampuk pemerintahan dengan macam-macam cara sama ada nasihat, rundingan dan sebagainya bagi memastikan negara kekal aman dan maju. Itu yang penting, selain daripada itu ia adalah lobi semata-mata,” katanya.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, konsep kesetiaan politik boleh berubah-ubah mengikut pemimpin tertentu walaupun dari luar parti.

“Itu yang kita lihat pemimpin dalam parti tak beri sokongan kepada tokoh tertentu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat semakin keliru apabila melihat pemimpin bergaduh sesama sendiri.

“Semakin banyak pemimpin bergaduh sesama sendiri, semakin berpecah dalam parti dan semakin kelirulah rakyat.

“Kalau terus berlaku macam konteks negara luar rakyat akhirnya akan tolak politik, tapi dalam konteks negara Malaysia tidak pernah berlaku lagi setakat ini,” katanya. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd