• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janji PRU14 Pun Belum Tunai, PH Buat Pula Masalah Lain

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan perlu membuat semakan semula melibatkan isu pemansuhan elaun penjawat awam terutama Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada pekerja baharu dalam sektor kesihatan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mengekalkan elaun tersebut, namun dalam masa yang sama mencari jalan untuk mengurangkan harga barang supaya semuanya menjadi seimbang.

“Pada pandangan saya, dalam keadaan ekonomi sekarang, barang pun mahal, kenapa perlu dipotong elaun tersebut. Janji yang lepas (PRU14) pun belum ditunaikan, buat pula masalah lain.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku tidak kiralah elaun apa sekali pun, kerajaan tidak boleh bertindak demikian. Ia memberi kesan menyeluruh kepada masyarakat walaupun khususnya hanya mereka yang terlibat sahaja terkesan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sinI semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pemansuhan BIPK melibatkan lantikan mulai 1 Januari ini.

Mohd Amar berkata, walaupun pemansuhan elaun BIPK melibatkan kakitangan yang baharu berkhidmat, namun ia tetap tidak relevan memandangkan mereka yang baru sahaja mendapat kerja ini yang sepatutnya dibantu.

“Kerajaan perlu semak semula dan cari jalan untuk kurangkan bebanan kakitangan awam ini. Lihat semula dan bincangkan. Saya pun pelik sebab ada di antara menteri yang tidak setuju. Macam mereka ini tidak wujud dalam Kabinet.

“Jadi maknanya perkara ini perlu dibincangkan kembali. Perkara ini besar, bukan hal kecil. Kenapa ia tidak dibincangkan secara baik. Ambil pakai semua pandangan supaya kita boleh keluarkan satu jawapan yang boleh diterima rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BIPKelaun kritikalpakatan harapanPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd