• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Mohon Peruntukan Polis Terima Rawatan Di Hospital ATM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi membolehkan anggota dan kakitangannya menikmati kemudahan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, ATM bersetuju memberi rawatan kepada kakitangan PDRM jika ada peruntukan.

“InsyaALLAH, saya akan berunding dengan kerajaan supaya semua kakitangan PDRM mendapat perkhidmatan yang baik daripada hospital tentera,” katanya selepas menerima kunjungan hormat sempena persaraan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin di Bukit Aman hari ini.

Pada 23 Disember lalu, Hamid mendakwa Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman berada dalam keadaan daif seperti ‘dianak tirikan’ kerana beberapa kemudahan anggotanya masih kurang.

Beliau juga merayu kerajaan memberi perhatian kepada pasukan polis dan menyediakan fasiliti seperti dewan, lot parkir dan padang kawad di Bukit Aman.

Hamid turut membandingkan kemudahan ATM yang lebih lebih baik berbanding polis seperti mempunyai hospital, bangunan canggih dan mempunyai maktab tentera sendiri.

Pada masa yang sama, Hamid berkata ATM sebelum ini menggariskan beberapa halangan tertentu bagi warga polis mendapat rawatan selain peluang polis menyambung pelajaran di pusat pengajian milik mereka.

Sementara itu, Zulkifli berkata, selain peruntukan hospital tentera juga memerlukan tambah baik infrastruktur.

Katanya, ATM dan polis sentiasa mempunyai hubungan yang baik bagi menjamin keselamatan negara.

Tags: ATMhospitalHospital Angkatan TenteraPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua...

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hampir dua bulan menjalani rutin berulang-alik ke hospital, vokalis kumpulan Barbarik yang juga bekas anggota kumpulan rock...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd