• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Alam ‘Cincin Berapi’ Melanda Malaysia

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia kini pada kemuncak apabila ia sudah mencapai tahap maksimum antara pukul 1.21 hingga 1.23 petang ini.

Fenomena yang pernah terjadi kira kira 21 tahun lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor berlaku sekali lagi dan sekali gus membentuk pembentukan ‘cincin berapi’.

Tanjung Piai di Johor dan bandar Serian di Sarawak dipilih sebagai lokasi rasmi program Gerhana Matahari Cincin atau pembentukan ‘cincin berapi’ itu yang juga dikenali dengan panggilan Gerhana Matahari Anulus itu kerana ia hanya berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari namun jenis gerhana yang berlaku bergantung kepada berapa jauh kedudukan bulan dari bumi.

Apabila gerhana berlaku pada ketika bulan berada berhampiran perigee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling dekat bumi, bulan akan kelihatan cukup besar untuk menutupi seluruh permukaan matahari atau dikenali juga sebagai gerhana matahari penuh.

Namun pada hari ini, bulan akan berada berhampiran apogee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling jauh dari bumi, menyebabkan bulan tidak cukup besar untuk menutupi permukaan matahari dan menyebabkan bentuk seakan cincin kelihatan.

Taman Negara Tanjung Piai merupakan lokasi terbaik untuk menyaksikan fenomena ini kerana berada dalam tempoh paling lama berbanding kawasan lain di seluruh Semenanjung. – Sinar Harian

Tags: cincin berapifenomenaGerhana matahari anulus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

28/12/2023
0

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila...

Fenomena Air Pasang Besar Bukan Pesta – Bomba

07/11/2021
0

Bebudak mana nak fikir jauh, tanggungjawab orang tua la untuk menjaga dan menasihat serta menegur mereka.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd