• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Elaun Ahli Politik, Menteri, Bukannya Mansuh Elaun BIPK

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POTONG elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

Itu saranan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak bersetuju dengan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal yang baharu dilantik.

Menteri itu menerusi rakaman video di Twitter rasminya berkata, tindakan pemansuhan elaun kritikal itu tidak wajar khusus bagi doktor dan jururawat muda.

“Saya bantah pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) membabitkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

“Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya dan akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai,” katanya.

Malah, pandangan Syed Saddiq yang meminta pemotongan elaun ahli politik dan menteri berbanding elaun kritikal itu mendapat pujian netizen yang menganggap hanya menteri itu memahami bebanan dan keluhan anak muda.

Syed Saddiq berkata, tindakan pemansuhan itu dianggap satu penganiayaan kepada mereka yang sememangnya sudah bekerja lebih masa dengan gaji yang kurang daripada kadar sepatutnya.

“Saya tahu perkara ini kerana baru saja melalui pembedahan apendisitis di hospital kerajaan yang berikan rawatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka dan tidak menganaktirikan kerana ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

JPA menerusi pekelilingnya Jumaat lalu mengumumkan bakal memansuhkan lapan elaun bermula tahun depan antaranya BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan serta beberapa elaun lagi. – myMetro Online

Tags: ahli politikBIPKelaun kritikalMenteriPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd