• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lain Yang Rakyat Mahu Lain Yang Kerajaan Mansuh

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis membantah langkah pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang akan dilancarkan kerajaan mulai Januari depan.

Najib berkata, rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan yang baharu mahu memansuhkan tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) namun lain pula yang berlaku.

“Rakyat suruh kamu mansuhkan tol dan PTPTN, korang mansuhkan jawatan berpencen, bantuan dan elaun Rakyat pulak!” katanya di Facebook hari ini.

Beliau yang merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam yang memperuntukkan elaun untuk 33 skim perkhidmatan kritikal penjawat awam dimansuhkan.

“Mungkin tidak lagi kritikal untuk kerajaan mengambil pensyarah perubatan, doktor atau jururawat baru berkhidmat di klinik dan hospital awam kot?

“Klinik swasta dibenarkan naik caj berganda tetapi dalam perkhidmatan kritikal awam dimansuhkan pula.

“Saya harap tidak akan berlakunya keadaan di mana klinik dan hospital kerajaan tak cukup doktor atau jururawat dan rakyat terpaksa melawat klinik serta hospital swasta yang telah dinaikkan caj,” katanya lagi.

Bayaran yang dimansuhkan adalah bayaran insentif angkat najis, bayaran insentif menaip Jawi, elaun keraian kepada setiausaha sulit dan setiausaha sulit kanan dan elaun khas penolong pemungut hasil tanah.

Turut dimasukkan bayaran elaun operator generator elektrik, elaun penyelia bilik taip, elau tilikan trigonometric observation, insentig profisensi bahasa Inggeris dan bayaran insentif perkhidmatan kritikal.

Kesemua diatas adalah antara sembilan elaun dimansuhkan kerajaan pada Januari tahun depan. – MalaysiaGazette

Tags: BIPKelaun kritikalNajib Tun Razakpakatan harapanPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd