• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Kiub Ais Dadah Kepada Pengunjung Pusat Hiburan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkarkan modus operandi terbaru jenayah menjual dadah jenis ketamin dalam bentuk kiub ais kepada pengunjung di beberapa pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Taktik itu dikesan susulan soal siasat terhadap seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah makmal mini menghasilkan dadah di sebuah rumah teres di Jalan Kuchai Lama, di sini, jam 3.45 pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata berdasarkan siasatan awal, suspek didapati menghasilkan sendiri serbuk dadah ketamin di makmal mini itu dan mengedarkannya kepada pusat hiburan yang bersubahat.

“Dadah itu kemudian dilarutkan dalam air dan dijadikan ketulan kiub ais sebelum dijual kepada pengunjung yang berminat bersama minuman pada harga RM120 untuk seketul kiub ais berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, polis turut merampas 14 peket plastik dan lima bekas besar disyaki berisi dadah jenis ketamin dengan berat keseluruhan 8.1 kilogram.

“Selain itu, kita merampas 27 biji pil dadah jenis ecstasy seberat 14.9 gram, wang tunai RM200 dan pelbagai peralatan menghasilkan dadah. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM491,370,” katanya.

Mazlan berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek sudah tiga bulan terbabit dengan kegiatan itu, selain menyewa rumah teres berkenaan untuk dijadikan makmal dadah sejak sebulan lalu.

“Siasatan turut mendapati ada orang tengah mengedarkan dadah berkenaan hingga ke Indonesia.

“Hasil semakan, suspek didapati memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini direman tujuh hari hingga Khamis ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tags: Ketaminkiub ais dadahpolispusat hiburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd