• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Gerakkan Jentera, Bantu Calon BN Di Kimanis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PAS menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil (PRK), bulan depan.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan menggerakkan jentera dari Sabah bagi membantu BN pada PRK tersebut.

“PAS akan menghantar pimpinan kanan parti terutama dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri penamaan calon 4 Januari depan sebagai sokongan kepada calon BN.

“PAS juga akan gerakkan jentera pilihan raya terutama dari kawasan di Sabah untuk turun membantu calon BN bagi memastikan Kimanis kekal di tangan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS turut mengesahkan presidennya, Abdul Hadi Awang akan menghadiri majlis pelancaran jentera BN di Kimanis pada 1 Januari.

Takiyuddin melahirkan keyakinan bahawa rakan politiknya, Umno akan meletakkan calon paling sesuai untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

“Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting bagi menguatkan lagi suara pembangkang di peringkat nasional sebagai semak dan imbang.

“Khususnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Januari depan sebagai hari pengundian PRK Parlimen Kimanis dan 4 Januari sebagai hari penamaan calon.

PRK Kimanis diadakan semula selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan kemenangan bekas menteri, Anifah Aman pada PRU14.

Anifah menang tipis, 11,942 undi dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan 3 penjuru menentang calon Warisan, Karim Bujang yang mendapat 11,786 undi serta calon Parti Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (1,300 undi).

Anifah kemudiannya meninggalkan parti untuk menjadi ahli Parlimen Bebas. – FMT

Tags: Barisan NasionalParlimen KimanisPASPRK Kimanis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd