• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Ditahan Dalam Tunjuk Perasaan Di Cameron Highlands

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Tujuh lelaki ditahan polis dalam tunjuk perasaan bagi membantah operasi Op Lestari 2 untuk merobohkan kebun sayur haram dan struktur bangunan di kawasan tanah tinggi ini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah, berkata tujuh lelaki berkenaan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Op Lestari 2 dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan dibantu beberapa agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan petugas yang menjalankan operasi itu di tanah kebun haram seluas 97.12 hektar membabitkan 60 pemilik dan kebanyakannya diusahakan di Sungai Ichat, Kuala Terla.

“Pada jam 10.30 pagi, kira-kira 200 orang berkumpul di jalan masuk ke Ipoh Road, Kuala Terla dengan tujuan untuk memasuki lokasi operasi. Kebanyakan mereka berhimpun di atas jalan utama dan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku.

“Saya berbincang beberapa kali dengan kumpulan terbabit untuk bersurai, namun mereka enggan memberikan kerjasama dan akhirnya tindakan menyuraikan serta menahan dijalankan. Setakat ini, keadaan kembali tenang. Operasi hari ini tamat pada jam 5 petang dan akan disambung esok,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 9 Disember lalu bersetuju Op Lestari 2 diteruskan bermula 16 Disember lepas.

Pada 7 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika meninjau kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya di Sungai Ichat bertitah agar pencerobohan di lokasi berkenaan dihentikan segera.

Tags: Cameron Highlandskebun haramtunjuk perasaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk Perasaan Meletus Di Srinagar

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk Perasaan Meletus Di Srinagar

16/12/2022
0

SRINAGAR: Beratus-ratus penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama yang melalui wilayah sempadan India Jammu dan Kashmir hari ini, sebagai protes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd