• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ujian Poligraf Tidak Akan Dibawa Ke Mahkamah

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, tidak diterima mahkamah sebagai bukti, sebaliknya hanya untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ujian berkenaan mampu membantu pegawai penyiasat kes terbabit untuk mengesan sama ada segala dakwaan Muhammed Yusoff adalah benar atau tidak sebelum siasatan lebih mendalam dilakukan.

“Keputusan ujian ini tidak akan dibawa ke mahkamah, namun ia membantu kami (polis) mengetahui sama ada suspek bercakap benar atau tidak.

“Jika kami mendapati dia bercakap benar, kami akan menggandakan lagi usaha mengenal pasti segala kelemahan aspek siasatan yang dijalankan, termasuk mendapatkan bukti dan maklumat lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, setakat ini, pihaknya cuba mengesahkan bila dan di mana kejadian itu didakwa berlaku selepas terdapat percanggahan antara dua keterangan yang diambil sebelum ini.

Pada 17 Disember lalu, Muhammed Yusoff menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang, manakala Anwar pula memberikan keterangan kepada polis pada Khamis lalu.

Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, untuk mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah mengenai dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR itu terhadapnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff dan menyifatkan ia sebagai fitnah tidak berasas. – BH Online

Tags: Anwar Ibrahimgangguan seksualMuhammed Yusoff Rawtherujian poligraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar Nafikan Dakwaan Serangan Seksual, Dedah Bersama Nurul Nuha Pada Hari Kejadian

Anwar Nafikan Dakwaan Serangan Seksual, Dedah Bersama Nurul Nuha Pada Hari Kejadian

08/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menafikan dakwaan serangan seksual terhadap bekas pembantunya, Yusoff Rawther dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd