• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gantung Kain Rentang Anti Jawi Di Pagar Sekolah

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Kerajaan Melaka kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kain rentang anti Jawi di luar pintu pagar beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pihak berkenaan didakwa mencetak kain rentang dalam jumlah banyak sebelum menggantungkannya di luar pagar sekolah pada hari Sabtu lalu ketika kakitangan pengurusan sedang bercuti.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan isu itu dan akan membuat laporan polis sekiranya perkara seperti ini terus berulang.

“Ini namanya ‘baling batu, sembunyi tangan’. Ini bukan kerja PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau LPS (Lembaga Pentadbir Sekolah). Ini kerja pihak ketiga dan apa yang berlaku tiada kaitan langsung dengan sekolah terbabit.

“Saya juga telah mengarahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk segera menurunkan kain rentang berkenaan yang kita percaya digantung sejak kelmarin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Noor Effandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, memberi amaran agar pihak yang melakukan segera menghentikan perbuatan itu.

“Tolong hentikan agenda buruk ini, negeri Melaka bukan tempatnya, ini negeri di mana rakyat semuanya bersatu-padu dan memuliakan kepelbagaian kaum. Melayu, Cina, India, Portugis dan Chetti di Melaka adalah sahabat sejati sejak beratus tahun lamanya.

“Jangan politikkan ilmu tiga muka surat yang hanya akan diajar tidak lebih satu jam untuk murid tahun empat sahaja,” katanya. – Sinar Harian

Tags: cinaMelakaSekolah VernakularSJKCtulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

07/08/2026
0

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd