• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adnan Mat Ganti Azih Terajui CUEPACS

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat memenangi pemilihan Presiden CUEPACS selepas menewaskan empat calon lain.

Pada pemilihan semalam, beliau mengalahkan Timbalan Presiden CUEPACS II, Zainal Ismail yang mendapat 381 undi; Setiausaha Kewangan CUEPACS, Mohd Razali Singah (190); Presiden Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia (KPHMSM), Datuk Ahmad Shuffir Zakaria (45) dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin (87) selepas mendapat sebanyak 676 undi.

Pengumuman Pemilihan Pegawai-Pegawai Tertinggi CUEPACS bagi penggal 2019-2022 itu diumumkan pagi ini pada Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-28 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Dua jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Aminuddin Awang dan Zulkifli Mohamed, masing-masing memperoleh sebanyak 766 dan 756 undi.

Mereka mengalahkan empat calon lain, iaitu Nor Hayati Abd Rashid (608); Ahmad Malie (157); Ahamad Hasanar (117) dan Asman Mohd Nawawi (110).

Pada masa sama, Abdul Rahman Mohd Nordin yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung I menang tanpa bertanding jawatan Setiausaha Agung.

Seramai 1, 369 daripada 1,509 perwakilan berdaftar memilih sembilan jawatan utama pimpinan kesatuan itu yang mewakili 114 cawangan gabungan dan 14 cawangan negeri, termasuk jawatan Presiden yang dikosongkan Datuk Azih Muda. – BH Online

Tags: adnan matAzih MudaCuepacs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd