• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak KL Tumpu Usaha Tangani Isu Ummah

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) akan berlangsung di ibu negara hari ini, dengan peserta membincangkan pelbagai isu yang memberi kesan kepada komuniti Islam, di samping berusaha mencari jalan penyelesaian ke arah kesejahteraan ummah.

Persidangan edisi kelima ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berkenan menyampaikan titah diraja pada perasmian persidangan empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu.

Sidang Kemuncak KL bermula malam tadi dengan acara jamuan malam bagi mengalu-alukan kehadiran peserta, di mana Dr. Mahathir berkata sidang kemuncak itu diadakan kerana merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki kehidupan ummah di seluruh dunia.

Beliau berharap sidang kemuncak itu akan dapat menetapkan sejumlah inisiatif khusus yang boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih besar kepada umat Islam.

Peserta sidang kemuncak dengan tema “Peranan Pembangunan Dalam Akses Kedaulatan Negara” menghimpunkan pemikir, intelektual, ahli politik, dan pemimpin masyarakat.

Dengan perhimpunan lebih 450 perwakilan daripada 56 negara Islam, isu seperti kebangkitan Islamophobia, pemenjaraan umat Islam di seluruh dunia, penghijrahan besar umat Islam akibat perang sivil, dijangka akan menjadi topik utama perbincangan.

Sidang kemuncak ini akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan, serta teknologi dan tadbir urus internet.

Hampir 800 pengamal media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan persidangan terbabit yang melabuhkan tirainya Sabtu ini.

Tags: islamsidang kemuncak KLUmmah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd