• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Diharap Pertimbang Kenaikan Tarif Pembentungan

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan tarif khidmat pembetungan yang disediakan syarikat pembentungan negara, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, M Narendan berkata perkara itu dikemukakan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Sejak 25 tahun tidak pernah ada kenaikan tarif khidmat pembentungan…sekarang kos operasi ialah RM18 bagi setiap rumah tetapi kita hanya kenakan caj RM0.08 semeter padu dan ini antara caj yang terendah di dunia.

“Kita sudah mohon, sekarang hanya tunggu maklum balas daripada kerajaan, kami harap kami boleh dapat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku khas berjudul “Memacu Negara” sempena ulang tahun ke-25 syarikat itu hari ini.

Beliau turut memberi jaminan jumlah kenaikan itu pada kadar minimum dan tidak akan membebankan orang ramai.

Narendan berkata pihaknya mengemukakan 2 pilihan berkenaan cadangan kenaikan tarif.

Pertama dengan menyelaraskan semua kategori tarif domestik kepada RM8 dan mengecualikannya bagi golongan berpendapatan rendah (B40) serta yang berdaftar dengan e-Kasih.

Sementara pilihan kedua ialah kenaikan minimum RM2 bagi setiap kategori.

Mengenai pengebilan bersepadu air dan pembentungan IWK, Narendan berkata proses menandatangani dokumen berkaitan bersama dengan salah sebuah syarikat bekalan air akan diadakan pada Jumaat ini dan ia dijangka dimulakan pada tahun depan.

“Selain memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil apabila kedua-duanya digabungkan, pengebilan bersepadu ini juga bertujuan meningkatkan kecekapan kadar kutipan tahunan sehingga 90 peratus berbanding ketika ini hanya sekitar 57%,” katanya.

Tags: Indah Water Konsortiumtarif pembentungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IWK Berdepan Kenaikan Kos

24/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bakal berdepan kenaikan kos utiliti sebanyak RM257.3 juta setahun berbanding RM250...

IWK Mohon Maaf, Tersalah Hantar Surat Peguam

26/03/2018
0

KHILAF... Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. memohon maaf susulan kecuaian syarikat itu baru-baru ini mengeluarkan surat tuntutan mahkamah terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd