• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KSN Nafi Akan Berlaku Pertukaran KSU 5 Kementerian

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar menafikan akan berlaku pemindahan ketua setiausaha (KSU) lima kementerian dalam masa terdekat seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Malah, katanya, beliau belum mendengar secara rasmi perkara berkenaan.

“Laporan itu tidak betul. Saya juga belum dengar secara rasmi dan itu hanya persepsi awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-28 di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan lima kementerian akan melakukan pemindahan pegawai kanan pada minggu ini sebagai sebahagian daripada perubahan di lapan kementerian.

Bagaimanapun, laporan yang memetik sumber itu, hanya menyatakan pertukaran yang dikatakan akan berlaku minggu ini membabitkan KSU Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Usahawan.

Portal itu memetik sumber menyebut perpindahan itu bukan satu sabotaj tetapi atas permintaan menteri bagi melancarkan lagi operasi di kementerian masing-masing.

Portal berkenaan juga melaporkan ramai penjawat awam yang menghampiri usia persaraan akan ‘dibebaskan’ manakala bagi yang berkhidmat secara kontrak pula tidak akan disambung.

Bulan lalu, KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata perpindahan itu adalah proses penggiliran biasa jawatan pentadbiran tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya pada konvensyen itu, Ismail mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa patuh kepada kerajaan semasa tanpa mengira parti mana yang mentadbirnya.

“Kita sebagai penjawat awam yang dilantik sudah berikrar bahawa kita mesti patuh kepada kerajaan untuk membina bangsa dan negara yang cemerlang pada masa akan datang.

“Integriti mesti dikekalkan …sebagai pelaksana, kita jalankan tugas dengan berintegriti supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik,” katanya. – BH Online

Tags: Ismail BakarkementerianKSNKSU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa terdapat ‘mainan halus’ yang dilakukan oleh DAP ketika menerajui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd