• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pahang, Sabah Makin Serius

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang dan Sabah kian serius dengan jumlah mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi terus meningkat, manakala keadaan di Johor bertambah baik dengan bilangan mangsa terjejas menurun.

Di Pahang, Raub menjadi daerah ketiga dilanda banjir selepas Rompin dan Temerloh, dengan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan setakat 10.30 malam tadi, sebanyak 1,206 orang daripada 339 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), situasi di Raub, walaupun keadaan banjir tidak serius sebanyak 56 orang daripada 15 keluarga diarahkan berpindah ke Dewan Kampung Kuala Gali dan Masjid Baru Kampung Ajai sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Rompin pula, jumlah mangsa meningkat kepada 1,127 orang daripada 320 keluarga berbanding 1,044 mangsa daripada 269 keluarga petang tadi.

Masing-masing ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu (283 orang, 82 keluarga); Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Asli Bukit Serok (214 orang, 80 keluarga), SK Sarang Tiong (214 mangsa, 45 keluarga) dan PPS Kampung Setajam (187 orang, 51 keluarga).

PPS Balai Raya Rekoh pula menempatkan 119 orang daripada 32 keluarga, Balai Raya Kampung Denai (49 orang, 13 keluarga), Balai Raya Bukit Lepas (33 orang, lapan keluarga) dan Dewan Telok Gading di Tanjung Gemok (28 orang, sembilan keluarga).

Keadaan banjir di Temerloh pula tidak berubah dengan 23 orang daripada 4 keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Luas.

Di Sabah, hujan lebat berterusan menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak di Kudat dengan mencatatkan peningkatan kepada 855 mangsa daripada 263 keluarga, berbanding 40 mangsa daripada 11 keluarga pada petang tadi.

Kesemua mangsa daripada Kampung Naradang, Kampung Korina, Kampung Purina dan Kampung Andab Bangau ditempatkan di PPS di SK Sikuati, Kudat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), 5 jalan di daerah itu turut ditenggelami air, namun 3 daripadanya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Di Johor, keadaan banjir bertambah baik dengan jumlah mangsa yang direkodkan di 8 daerah yang terjejas dengan bencana alam itu terus menurun kepada 8,544 orang malam ini berbanding 9,144 orang petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataannya semalam berkata 5 PPS iaitu 4 di Kota Tinggi dan 1 di Johor Bahru turut ditutup.

Katanya, setakat ini kesemua 2,308 keluarga terbabit ditempatkan di 86 PPS iaitu di Kluang (28), Segamat (25), Kota Tinggi (14), Mersing (10), Pontian dan Batu Pahat masing-masing tiga PPS, dua di Kulai dan satu di Johor Bahru, dengan Kluang mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 2,640 orang dan diikuti Kota Tinggi 2,123 orang.

Tan berkata, Jalan Persekutuan Kota Tinggi-Mersing dekat R&R Panti di kilometer 71 ditutup berikutan paras air setinggi 1.7 meter, manakala Jalan Felda Aping Timur, Lorong Durian Dua pula ditutup sepenuhnya berikutan cerun runtuh dengan panjang kawasan runtuhan 10 meter.

Tags: Banjirmangsa banjirPahangSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd