• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Goldman Sachs pindah ke Mahkamah Tinggi

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes terhadap syarikat Goldman Sachs Group Inc yang didakwa berhubung terbitan bon bernilai AS$6.5 bilion membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan memindahkan kes berkenaan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Kes Goldman Sachs International Ltd. yang berpejabat di UK dan Goldman Sachs (Asia) LLC yang berpangkalan di Hong Kong akan dipindahkan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Mohamed Zaini juga menetapkan Khamis depan untuk mendengar permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes berkaitan bon US$6.5 bilion membabitkan Goldman Sachs (Singapura), daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan bahawa penyampaian notis saman terhadap Goldman Sachs (Singapura) masih dalam proses.

Di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif, Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir turut memberitahu mahkamah berhubung perkembangan kes itu.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sama untuk sebutan bagi mengemas kini status permohonan pemindahan pihak pendakwaan terhadap Goldman Sachs (Singapura).

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Goldman Sachs tidak membantah permohonan itu.

Pada 19 Disember 2018, pendakwaan memfailkan empat tuduhan ke atas Goldman Sachs kerana meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu antara 19 Mac 2012 hingga 11 November 2013, di 1MDB, Aras 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Pertuduhan dilakukan mengikut Subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta.

Pada 19 Disember 2018, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu Goldman Sachs. – BH Online

Tags: 1MDBGoldman Sachs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd