• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sudah Beri Keterangan Kes Yusoff Rawther

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan dakwaan serangan seksual terhadap bekas penyelidik di pejabat PKR, Muhammed Yusoff Rawther.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata keterangan Anwar diambil di Bukit Aman pada jam 3.45 petang tadi.

“Kita sudah merakam keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau hadir di Bukit Aman pada jam 3.45 petang tadi.

“Proses itu mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, BH melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata keterangan Anwar dan beberapa individu lain akan diambil bagi membantu siasatan dakwaan yang dibuat Yusoff dalam satu akuan bersumpah.

Kelmarin, Muhammed Yusoff dipanggil kali kedua ke Bukit Aman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Kali pertama Yusoff dipanggil adalah pada Isnin dengan proses merakam keterangan mengambil masa kira-kira tujuh jam.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang mengendalikan siasatan kes salah laku didakwa membabitkan Anwar itu, turut memanggil ahli keluarga Muhammed Yusoff. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawthersalah laku seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd