• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRC International Bukan Syarikat Perdana Menteri – Najib

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan SRC International Sdn. Bhd. bukanlah syarikat Perdana Menteri, seperti yang dicadangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan kes berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika dirujuk keterangan saksi pendakwaan ke-41, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz yang menyifatkan syarikat itu dimiliki Najib.

“Saya tidak bersetuju,” tegasnya kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Tommy kemudian mempertikaikan kenyataan Najib tentang penubuhan SRC International yang dilihat mencurigakan dan mendakwa bekas Perdana menteri itu mempunyai kepentingan peribadi ke atas syarikat tersebut.

Bagaimanapun Najib berkata, SRC International ditubuhkan kerana wujudnya keperluan strategi pembangunan negara dengan peluang pelaburan yang boleh diraih daripadanya.

Sehubungan itu, katanya adalah normal sebuah syarikat seperti SRC International ditubuhkan dalam masa yang singkat.

“SRC ditubuhkan kerana ada keperluan strategi pembangunan negara kita oleh kerana dinyatakan ada peluang pelaburan maka keperluan kewangan SRC perlu diusahakan.

“Atas sebab itulah perkara ini dilakukan dan saya hendak nyatakan bukan suatu perkara luar biasa keperluan-keperluan mana-mana syarikat baru diusahakan dalam masa yang singkat,” tambahnya.

Najib juga menegaskan, beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi sebagai Perdana Menteri dalam memberi jaminan kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bagi pinjaman yang dibuat SRC.

“Saya tidak bersetuju. Saya yakin bahawa tidak ada kepentingan peribadi saya amat jelas tentangnya,” katanya.

Sementara itu, pertikaian tercetus antara pasukan pembelaan dengan pendakwaan berhubung dokumen mengenai Najib dicalonkan sebagai wakil korporat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International.

Pasukan Pembelaan yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah berkata, pihak pendakwaan tidak sepatutnya mengemukakan soalan berkaitan dokumen yang dikatakan mempunyai tanda tangan tertuduh dan menjadi fokus dalam perbicaraan itu.

Membalas hujah Shafee, Timbalan Pendakwaraya, V. Sithamabaram berkata, soalan berkenaan dokumen tersebut perlu dibenarkan sebelum mahkamah membuat keputusan bahawa ia tidak asli berdasarkan keterangan Najib.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan Tommy meneruskan soalan tentang dokumen yang dikatakan mempunyai tandatangan bekas Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakPerdana MenteriSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd