• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Buka Semula Kes Lama Babit Kepentingan Awam

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula beberapa kes lama yang membabitkan kepentingan awam pada awal tahun depan.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya, berkata beliau sudah mengeluarkan satu arahan umum supaya kes berkenaan disemak semula dengan pihaknya memang ada menerima beberapa aduan yang membabitkan kes seperti itu.

“Saya tidak dapat maklumat jelas apa sebab ia (kes-kes lama ditutup), walaupun dikatakan ada bukti jelas dan penyiasatan yang lengkap.

“Di peringkat mana terdapat arahan untuk menutup kes dan sebagainya,” katanya kepada BERNAMA selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Wanita Sebagai Pemimpin’ di Bernama Radio, di sini.

Ditanya sama ada kes kepentingan awam berkenaan membabitkan pemerintahan kepemimpinan kerajaan terdahulu, beliau berkata ia pelbagai kes dan tidak semestinya membabitkan kes kepemimpinan kerajaan terdahulu.

Mengenai perkembangan lawatan SPRM di sempadan negara di Padang Besar, Perlis, baru-baru ini, Latheefa berkata SPRM percaya semua pihak berkuasa yang berkaitan telah mengambil tindakan agresif untuk memastikan tiada kebocoran dan kebolosan di sempadan negara.

“Tetapi perkara menjaga sempadan negara ini bukan satu perkara yang boleh dibetulkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan kerana ia juga membabitkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa.

“Di peringkat Padang Besar, perlu ada fokus untuk menaikkan perniagaan di sana kerana nampak lengang. Maka di situ timbul persoalan, adakah peniaga ini juga berniaga di tempat lain? Atau mereka yang datang beli mencari kedai yang menjual barangan seludup yang lebih murah,” katanya,

Latheefa berkata, perkara berkenaan perlu diberi fokus dan mengesan punca salah laku yang mungkin berlaku di kawasan ekonomi Padang Besar.

“Pandangan saya secara peribadi mengenai ekonomi di Padang Besar, saya lihat memang fasiliti untuk membuat perniagaan di sana (Padang Besar) telah lengkap tetapi seolah-olah kekurangan pengunjung di sana walaupun banyak barang dijual.

“Saya berharap pihak berkuasa yang menjaga kawasan terbabit perlu membuat pemantauan dan apa yang menyebabkan orang ramai kurang membeli barangan di sana selain membantu ekonomi di Padang Besar,” katanya.

Ditanya mengenai lawatan dan pemeriksaan SPRM di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah baru-baru ini, Latheefa mencadangkan pihak berkuasa terbabit untuk menaik taraf sistem iaitu mengurangkan masa pemprosesan keluar masuk sempadan.

“Ini kerana saya melihat proses keluar masuk sempadan di sebelah Thailand lebih teratur maka kita kena belajar daripada mereka,” katanya.

Tags: Kes RasuahLatheefa KoyaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd