• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Persatuan Anjur Ulang Tahun Perjanjian Damai Hatyai – Polis

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti sembilan persatuan yang terlibat dalam penganjuran Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di Kajang, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan pada majlis tersebut antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu; Editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

“Setakat ini seramai enam saksi telah diambil keterangan, manakala saksi-saksi lain akan dirakam keterangan berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Huzir berkata, pihaknya telah menerima 72 laporan polis berkait isu yang sama.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuk mendapatkan keterangan daripada pakar sejarah, selain laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pendaftar Pertubuhan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan berserta cadangan tindakan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, baru-baru ini.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Tags: parti komunis malayaPerjanjian Damai Hatyaipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd