• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Hilang Di Melaka Berjalan Pulang 296km Ke Sungkai

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemuda Orang Asli yang dilaporkan hilang di Empangan Jus Batang Melaka, Jasin di sini 5 Disember lalu, rupa-rupanya berjalan pulang sejauh 296 kilometer ke rumahnya di Sungkai Perak.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata pemuda berusia 23 tahun dari Suku Temiar itu dilaporkan selamat tiba di rumahnya kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu, dua hari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihak berkuasa 6 Disember.

“Pemuda berkenaan juga dilaporkan berkaki ayam ketika tiba di rumahnya di Sungkai, Perak dengan berjalan pulang melalui trek hutan dan jalan raya dari Melaka ke Perak.

“Difahamkan, ini juga bukanlah kali pertama dia dilaporkan hilang dan dalam kejadian terbaru ini, dia dilaporkan selamat tiba di rumahnya tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang menerima laporan kehilangan individu, menggerakkan operasi SAR pemuda Orang Asli itu yang bekerja sebagai buruh binaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon We Kiang, berkata laporan kehilangan diterima daripada rakan pemuda itu.

“Rakannya memberitahu, pemuda itu datang ke empangan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan dipercayai hilang ketika hendak buang air kecil.

“Pada hari kejadian, seramai 37 orang terbabit operasi SAR membabitkan bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Semakan di Google Maps mendapati, jarak dari Empangan Jus Batang Melaka ke Sungkai Perak adalah 296 kilometer (KM) jika menaiki kenderaan melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang memakan masa selama empat jam 21 minit.

Jika berjalan tanpa rehat, ia memakan masa perjalanan antara 55 hingga 59 jam atau dua hari setengah. – BH Online

Tags: berjalan kakiMelakaOrang AsliSungkai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd