• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Zii Jia, Kisona Warnai Hari Gemilang Kontinjen Malaysia

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kejayaan Lee Zii Jia and S. Kisona menamatkan penantian selama 46 tahun untuk meraih pingat emas serentak dalam acara perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan SEA, mewarnai hari gemilang kontinjen Malaysia pada edisi ke-30 temasya sukan dwitahunan berkenaan di Filipina, pada Isnin.

Zii Jia menundukkan pemain Singapura Loh Kean Yew menerusi kemenangan 21-18 dan 21-18, manakala Kisona bergelut sebelum menumpaskan pemain muda Indonesia, Ruselli Hartawan menerusi kemenangan 20-22, 21-14 dan 21-13 pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas serentak adalah pada 1973 yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) di Singapura menerusi mendiang Datuk Punch Gunalan dalam acara perseorangan lelaki dan Sylvia Ng dalam acara perseorangan wanita.

Kejayaan cemerlang dua pemain perseorangan negara itu turut diteruskan menerusi gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang menewaskan pasangan Thailand, Bodin Isara/Maneepong Jongjit pada aksi final menerusi keputusan 18-21, 21-15 dan 21-16, sekaligus menamatkan penantian Malaysia selama 16 tahun setelah kali terakhir memenanginya pada edisi 2003 di Vietnam menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Kontinjen Malaysia turut memenangi lapan lagi emas pada hari kesembilan pertandingan, masing-masing menerusi satu dalam acara memanah (compound berpasukan lelaki, renang (100 meter kuak dada wanita), sukan elektronik (hearthstone), selain masing-masing dua emas dalam acara karate-do (kumite lelaki bawah 75kg dan kata berpasukan lelaki), skuasy (berpasukan lelaki dan wanita), dan lompat tinggi wanita.

Tambahan 11 emas berkenaan, bersama lima perak dan dua gangsa menyaksikan Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima keseluruhan dengan kutipan 51 emas, 52 perak dan 67 gangsa.

Berbaki sehari lagi sebelum upacara penutupan rasmi pada Rabu ini, sasaran 70 pingat emas yang diletakkan sudah tidak mampu dicapai oleh kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA kali ini.

Tuan rumah Filipina sah muncul juara keseluruhan Sukan SEA buat kali kedua selepas edisi 2005 di Manila setelah mengutip 136 emas, 102 perak dan 106 gangsa, manakala Thailand melonjak dua anak tangga di belakang Filipina (84-90-102).

Vietnam pula turun satu anak tangga ke kedudukan ketiga dengan kutipan keseluruhan 79 emas, 78 perak dan 93 gangsa.

Kontinjen Malaysia akan memuktamadkan pemburuan pingat pada hari terakhir pertandingan dalam beberapa acara, hari ini, antaranya, hoki dalam dewan dan olahraga, jujitsu, kickboxing, sepak takraw dan sukan elektronik.

Tags: Pingat EmasSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

15/05/2023
0

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

14/05/2023
0

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd