• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Timbalan Perdana Menteri Meninggal Dunia

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah meninggal dunia pada 2.30 pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan pengendali Twitter Wan Azizah.

“Dukacita dimaklumkan Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri, telah kembali ke rahmahtullah awal pagi ini.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mustaqim,Taman Nirwana, Ampang, Selangor untuk solat jenazah pada jam 9.00am,” ciapnya.

Allahyarham Wan Ismail yang berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang itu pernah menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis.

Beliau berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa yang berketurunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya.

Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.

Allahyarham mempunyai lima cahaya mata termasuk Wan Azizah yang merupakan anak keduanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilihat antara pemimpin politik terawal menzahirkan salam takziah di Twitternya.

“Sedih menerima berita pemergian ayahanda Dr. Wan Azizah, Allahyarham Datuk Wan Ismail Wan Mahmood pagi tadi.

“Takziah kepada Dr. Wan Azizah sekeluarga dan semoga Allahyarham beroleh husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat ALLAH SWT. Al Fatihah,” ciapnya.

Tags: meninggal duniaWan Azizah Wan IsmailWan Ismail Wan Mahmud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd