• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Anwar Di Bukit Aman Ketika Yusoff Rawther Disiasat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh akan membawa notis tuntutan terhadap Muhammed Yusoff Rawther jika beliau tahu bekas kakitangan presiden PKR itu berada di Bukit Aman untuk dirakam keterangan melibatkan dakwaan salah laku seks anak guamnya.

Ramkarpal, yang tiba di Bukit Aman kira-kira 3 jam selepas Yusoff dan peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menemani Ronnie Liu dari DAP yang disiasat berhubung perjumpaan bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya.

Ketika ditemui pemberita, Ramkarpal berkata beliau cuba menyerahkan notis kepada Yusoff di alamatnya di Pulau Pinang tetapi gagal.

“Kami cuba menyerahkan notis tetapi ia dipulang ke pejabat saya dengan nota mengatakan dia tidak menetap di sana,” katanya.

“Kalau saya tahu dia akan berada di sini, saya bawa notis tuntutan,” tambahnya, dan berkata notis itu juga boleh diberikan kepada Haniff sekiranya beliau diarah Yusoff untuk menerimanya bagi pihaknya.

Yusoff tiba bersama Haniff untuk beri keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman yang sedang menyiasat dakwaan dalam akuan berkanunnya yang tular di media sosial.

Yusoff antara lain mendakwa dia diserang secara seksual oleh Anwar pada 2 Okt tahun lepas, tuduhan yang ditolak oleh pemimpin PKR itu.

Anwar, melalui notis tuntutan itu, mahu Yusoff menarik balik dakwaannya.

Sementara itu, Ramkarpal beritahu pemberita bahawa Liu dipanggil sebagai saksi dalam siasatan terhadap pertemuan bekas ahli PKM.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaaan kerana kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Ronnie memberikan kerjasama penuh,” tambahnya. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawtherramkarpal singhsalah laku seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd