• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida, Azmin Bersedia Dipecat PKR

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali rela menjadi mangsa korban demi mempertahankan perjuangan parti reformasi itu.

Zuraida berkata, beliau bersedia dipecat ekoran tindakan lantangnya mengkritik Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka.

“Kalau kami dipecat, untuk kita baiki, saya dan Azmin sudah bersedia. Kami rela dikorbankan demi PKR. Kami nak bawa ke landasan yang betul.

“Kalau inilah Presiden nampak parti hebat dan gah, walaupun ada 50 ahli parlimen, tetapi pengurusan cacamarba. Siapa yang harus dipersalahkan?” katanya pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, hari ini.

Hadir sama di majlis itu, tiga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju; ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R Sivarasa; Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha; Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr. Daroyah Alwi dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham.

Pada ucapannya juga, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang meminta Anwar segera menyelesaikan krisis dalaman parti secara waras dan bijaksana.

Katanya, beliau tiada kepentingan dan telah menjalankan tanggungjawab sebagai anggota parti.

“Saya tahu ucapan kita (malam ini) dirakam. Saya nak presiden dengar, supaya dia dapat berfikir menggunakan kewarasan beliau semula untuk bawa parti ke landasan yang betul.

“Sebagai pemimpin, kita dipertanggungjawab di akhirat, dan itu menjadi pegangan saya.

“Ada perkara mengaibkan saya tidak boleh cerita. Tetapi saya dah jalankan tanggungajawab saya. Saya tidak mahu dipersoalkan di akhirat nanti,” katanya.

Beliau juga mendokan presiden dan bekas presiden diberikan kebaikan ketika pengakhiran bukannya keburukan.

Dalam pada itu, kata Zuraida, majlis pada malam ini adalah permulaan yang akan diteruskan pada siri jelajah seluruh negara yang akan dipimpin oleh Azmin. – Sinar Harian

Tags: Mohamed Azmin AliPKRZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd